Sunday, 3 August 2014

Syawal 1435H

Assalammualaikum semua,

Lama rasanya tak menulis. Dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Kepada keluarga, sedara mara dan kawan2, aku mohon ampun salah silap sepanjang perkenalan kita. Semoga hubungan silaturahim yg dibina akan terus mengembang dan lebih erat pada masa akan datang. Insyaallah.
Alhamdulillah raya tahun ni, family dan sedara mara sgt sporting bergambar. Yeah selfie times!!! Dgn abah aku pun dah terjebak join selfie skli.

Raya tahun ni mcm over ckit smpi 3 pasang baju raya aku (dah mcm budak2 plk bj raya byk2kn °_°).
- baju jubah from Rana Aswad
- baju kurung kedah from Jakel exclusive
- sari kurung moden custom made

Ok belanja gmbr raya ckit ;)

Wednesday, 16 July 2014

Juara 2014

Salam,

Dah lewat 3hari tp aku baru teringat (dah ada blog) nak tulis 

Sebenarnya aku tak dapat tidur ni disebabkan demam fifa aku belum kebah. Dah biasa terbangun or tdo lambat tengok bola, ni dah abis bola pun mata cekal lg x boleh tidur on time kul 12. Saja nak belanja ckit my favourite all time team in WC. Ni bukan sokong sbb tahun ni baru juara tau!! Ni dah bertahun sokong dr naib juara, lepas tu tmpt ke 3 then thn ni juara.. tetap sokong tanpa rebah berpaling (siapa knl aku, mmg taulah aku bkn sokong ketika menang je)..cewahh

Nak belanja cikit gambar ♡♥♡♥ :")

2014 champions Germany!!

German-Negeri Sembilan = kami sebenarnya bersaudara hehe ☆♡ (^__^)



Thursday, 26 June 2014

Resipi ikan steam nyonya /asam nyonya

Salam semua,

Hari cuti umum bagi negeri Johor sebab kemenangan pasukan bolanya. Tapi apa kena mengena dgn aku plk kan? Nak buat macam mana, aku kerja dgn company yg menguruskan pasukan bola JDT ni (boss aku lah) so aku ni kena tempias2 cuti jgk. Yeahhhh sebab dapat cuti!!!

So smlm aku ada try mkn kat restoran cina muslim. Dikesempatan cuti ni, aku planning nak buat lauk tu. Ok ni nak share resipinya

Bahan-bahan:
Untuk kukus
Ikan (siakap or apa2 yg rasa sesuai)
Halia 2cm - ditumbuk
Bawang putih 3 ulas - ditumbuk
Minyak masak 1 sudu
Sos tiram 1 sudu
Daun limau purut 3 helai - dicarik
Garam secukup rasa

Untuk dikisar
Cili merah 6 biji
Cili api 5 biji - kalau nak pedas
Serai 3 tangkai
Kunyit 2cm
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 biji
Air sedikit
Minyak 1/2 sudu

Bahan lain:
Tomato 1 biji
Bendi 10 tangkai (ikut suka)
Bunga kantan 1 tangkai - belah 2 atau 4
Air asam
Daun limau purut 5 helai
Gula 1 sudu (secukup rasa)

Cara-caranya:
1- mula2 sediakan bahan utk kukus ikan (make sure ikan dah dibasuh bersih ya). Halia dan bawang putih yg telah ditumbuk, sos tiram dan garam dilumurkan pada ikan kemudian seasoning dengan garam secukup rasa. Letak minyak ckit dan jgn lupa letak daun limau purut yg telah dikoyak-koyak tu bg ikan bau wangi. Kukus lebih kurang 10minit. Jgn overcooked nanti isi ikan kenyal.

2- untuk memulakan menumis, letak minyak (jgn sikit atau jgn byk sgt juz sederhana je). Minyak dah panas, masukkan kesemua bahan yg telah dikisar tu, masak sampai dah naik bau.

3- Dah nmpk mcm garing2 / dah naik bau kemudian masukkan air asam jawa dan daun limau purut. Biarkan seketika sampai mendidih. Lepas tu masukkan bendi (aku x potong bendi ni sbb family aku suka makan satu tangkai trs, lg pun x berlendir) dan bunga kantan. Letak gula dan garam secukup rasa.

4- Kemudian tuang ikan yg dah kukus tu sekali dgn air2 kukusan tu skli. Letak tomato. Biarkan seketika kemudian bendi dah empuk bolehlah tutup api. Siap utk dimakan.

Ok ni first try aku. Aku puas hati dgn hasilnya..nyummy. selamat mencuba :)

Ni antara bahan-bahannya

Ni ikan yg sedia utk dikukus

Dah siap!! Menarikkan!!
Mmg de boom ;)

Sunday, 22 June 2014

Alahai mcm mana ni??

Sedih dan x sanggupnya...

Kenapa??

Sebab mak aku suruh aku buang bear2 kepunyaan aku semua. Ntahlah kadang aku pun segan jugak. Dah tua bangka masih ada teddy bear lagi tapi apa nak buat, dari kecik aku diajar main teddy bear.

Dari kecik, aku selalu dapat hadiah teddy bear, kadang sampai lunyai dan kepam bear tu tapi lps tu dapat je peganti.

Ajaibnya, walaupun aku suka bebear tapi aku x pernah ada bear yang beli sendiri, semuanya hadiah pemberian orang.

Sekarang ni byk sgt plk video ceramah agama yang bercakap pasal bebear ni..faktor utama, malaikat x masuk bilik dan usia. Aku pernah dengar jugak pasal malaikat x masuk rumah tu, tapi dulu2lah. Tapi ceramah yg aku dengar tu pasal patung (barbie doll, haiwan or mcm berhala tu) xde plk menyatakan teddy bear. Nowadays je byk ceramah dah beralih ke teddy bear pulak.

Aku bukan nak pertikaikan, mungkin ada betulnya cuma masih sukar bagi aku untuk buang teddy bear aku. Sejak aku kecik kot, kadang nak g mana2 pun aku bawak. Paling best waktu tidur, pluk kejap je msti terlena, dengan bau ala2 masyam tu yg lg sdp jadi teman tidur.

Buat masa sekarang macam belum rasa nak buang, rasa sayang kot.. tunggu kawin boleh x mak?? Boleh saya beralih dari pluk teddy bear kepada pluk bapak bear besar gabak ye punnn..hahaha give me time ye..next year Insyaallah x main bebear lg...

P/s: tolong cepat yea en buah hati..supaya bebear saya x kena buang sebelum waktunya hehe ;)

Wednesday, 18 June 2014

Every girl's dream

Apa yg diidamkan setiap wanita?
Mestilah tubuh badan yang menawan. Seperti juga aku menginginkan benda yang sama, tetapi tanpa azam yang tinggi semuanya pasti sia2.

Macam mana yea untuk kuatkan azam kita? Cita2 sesangatlah tinggi tapi semuanya hanya tinggal angan2 tanpa workout/senaman yg mencukupi.

Nak cuba kekalkan sebagai rutin harian macam susah je. Haih aku mampu bertahan 2 bulan je lps tu hari2 "cheat day" mana mampu nak dpt dream body :(
Kalau betul2 berterusan mesti aku mampu capai berat idaman aku. Tapi mentally kena ubah. Bilalah kau nak sedar ann!!

This is my dream body..

 
What i should need?


But this is what i do..aiyo

Tuesday, 17 June 2014

Senggugut jejas kesuburan?

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah ni setiap bulan, mesti tau bertapa sakit dan seriknya penyakit senggugut ni. Bila sakit je memang x boleh nak buat kerja apa pun dan kebiasaanya aku akan ambik mc. Solutionnya ambik ponstant jela untuk matikan kejap sakit senggugut aku.

Tahukah anda, senggugut berpunca drpd pengucupan dinding rahim yang amat kuat. Ini disebabkan pengeluaran ketulan darah haid yg bercampur dgn sedikit tisu drpd selaput endometrium (dinding rahim).

Masalah senggugut bkn sekadar kesakitan teruk ketika haid tetapi pertanda utk siapa yg alami sakit ini utk menjalani pemeriksaan awal bg mengesan masalah endometriosis.

2 jenis senggugut:-
- senggugut primer : pengeluaran prostaglandin yg menyebabkan pengucupan dinding rahim yang kuat.
- senggugut skunder : masalah endometriosis yg merujuk kpd keadaan lapisan tisu yg melitupi bahagian di dlm rahim tp tumbuh di luar rahim atau kawasan lain sekitar sistem reproduksi wanita.

Cara rawatan senggugut skunder:
- buat pemeriksaan di pakar sakit puan
- buat ultrasound

Sekiranya anda menghadapi senggugut skunder:
- ubat-ubatan dapat membantu
- hamil :)

P/s: dlm kajian, hanya sebilangan kecil je pesakit senggugut yg ada masalah ketidaksuburan dan mudah keguguran. Doalah semoga kita masih boleh mendapat zuriat.

Monday, 16 June 2014

Rahsia tidur lena

sumber dari internet.

Tahukah kaum wanita bahawa hormon bau phero yang dirembeskan dari ketiak lelaki boleh mengaktifkan hormon wanita hingga merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki datang dari celahan ketiak di mana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri/wanita semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di ketiaknya, ayat mudah cium tiak suami hehehe.

Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...lalala

FAKTA...

Dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur. Tapi jangan malas pulak urut tanggannya, takut2 kebas pula ;)

p/s: sekiranya ada masalah senggugut kuat, ini adalah salah satu ubat yang mampu mengurangkan rasa sakit senggugut anda ;) trust me coz i do that to reduce my pain