Thursday, 26 June 2014

Resipi ikan steam nyonya /asam nyonya

Salam semua,

Hari cuti umum bagi negeri Johor sebab kemenangan pasukan bolanya. Tapi apa kena mengena dgn aku plk kan? Nak buat macam mana, aku kerja dgn company yg menguruskan pasukan bola JDT ni (boss aku lah) so aku ni kena tempias2 cuti jgk. Yeahhhh sebab dapat cuti!!!

So smlm aku ada try mkn kat restoran cina muslim. Dikesempatan cuti ni, aku planning nak buat lauk tu. Ok ni nak share resipinya

Bahan-bahan:
Untuk kukus
Ikan (siakap or apa2 yg rasa sesuai)
Halia 2cm - ditumbuk
Bawang putih 3 ulas - ditumbuk
Minyak masak 1 sudu
Sos tiram 1 sudu
Daun limau purut 3 helai - dicarik
Garam secukup rasa

Untuk dikisar
Cili merah 6 biji
Cili api 5 biji - kalau nak pedas
Serai 3 tangkai
Kunyit 2cm
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 3 biji
Air sedikit
Minyak 1/2 sudu

Bahan lain:
Tomato 1 biji
Bendi 10 tangkai (ikut suka)
Bunga kantan 1 tangkai - belah 2 atau 4
Air asam
Daun limau purut 5 helai
Gula 1 sudu (secukup rasa)

Cara-caranya:
1- mula2 sediakan bahan utk kukus ikan (make sure ikan dah dibasuh bersih ya). Halia dan bawang putih yg telah ditumbuk, sos tiram dan garam dilumurkan pada ikan kemudian seasoning dengan garam secukup rasa. Letak minyak ckit dan jgn lupa letak daun limau purut yg telah dikoyak-koyak tu bg ikan bau wangi. Kukus lebih kurang 10minit. Jgn overcooked nanti isi ikan kenyal.

2- untuk memulakan menumis, letak minyak (jgn sikit atau jgn byk sgt juz sederhana je). Minyak dah panas, masukkan kesemua bahan yg telah dikisar tu, masak sampai dah naik bau.

3- Dah nmpk mcm garing2 / dah naik bau kemudian masukkan air asam jawa dan daun limau purut. Biarkan seketika sampai mendidih. Lepas tu masukkan bendi (aku x potong bendi ni sbb family aku suka makan satu tangkai trs, lg pun x berlendir) dan bunga kantan. Letak gula dan garam secukup rasa.

4- Kemudian tuang ikan yg dah kukus tu sekali dgn air2 kukusan tu skli. Letak tomato. Biarkan seketika kemudian bendi dah empuk bolehlah tutup api. Siap utk dimakan.

Ok ni first try aku. Aku puas hati dgn hasilnya..nyummy. selamat mencuba :)

Ni antara bahan-bahannya

Ni ikan yg sedia utk dikukus

Dah siap!! Menarikkan!!
Mmg de boom ;)

Sunday, 22 June 2014

Alahai mcm mana ni??

Sedih dan x sanggupnya...

Kenapa??

Sebab mak aku suruh aku buang bear2 kepunyaan aku semua. Ntahlah kadang aku pun segan jugak. Dah tua bangka masih ada teddy bear lagi tapi apa nak buat, dari kecik aku diajar main teddy bear.

Dari kecik, aku selalu dapat hadiah teddy bear, kadang sampai lunyai dan kepam bear tu tapi lps tu dapat je peganti.

Ajaibnya, walaupun aku suka bebear tapi aku x pernah ada bear yang beli sendiri, semuanya hadiah pemberian orang.

Sekarang ni byk sgt plk video ceramah agama yang bercakap pasal bebear ni..faktor utama, malaikat x masuk bilik dan usia. Aku pernah dengar jugak pasal malaikat x masuk rumah tu, tapi dulu2lah. Tapi ceramah yg aku dengar tu pasal patung (barbie doll, haiwan or mcm berhala tu) xde plk menyatakan teddy bear. Nowadays je byk ceramah dah beralih ke teddy bear pulak.

Aku bukan nak pertikaikan, mungkin ada betulnya cuma masih sukar bagi aku untuk buang teddy bear aku. Sejak aku kecik kot, kadang nak g mana2 pun aku bawak. Paling best waktu tidur, pluk kejap je msti terlena, dengan bau ala2 masyam tu yg lg sdp jadi teman tidur.

Buat masa sekarang macam belum rasa nak buang, rasa sayang kot.. tunggu kawin boleh x mak?? Boleh saya beralih dari pluk teddy bear kepada pluk bapak bear besar gabak ye punnn..hahaha give me time ye..next year Insyaallah x main bebear lg...

P/s: tolong cepat yea en buah hati..supaya bebear saya x kena buang sebelum waktunya hehe ;)

Wednesday, 18 June 2014

Every girl's dream

Apa yg diidamkan setiap wanita?
Mestilah tubuh badan yang menawan. Seperti juga aku menginginkan benda yang sama, tetapi tanpa azam yang tinggi semuanya pasti sia2.

Macam mana yea untuk kuatkan azam kita? Cita2 sesangatlah tinggi tapi semuanya hanya tinggal angan2 tanpa workout/senaman yg mencukupi.

Nak cuba kekalkan sebagai rutin harian macam susah je. Haih aku mampu bertahan 2 bulan je lps tu hari2 "cheat day" mana mampu nak dpt dream body :(
Kalau betul2 berterusan mesti aku mampu capai berat idaman aku. Tapi mentally kena ubah. Bilalah kau nak sedar ann!!

This is my dream body..

 
What i should need?


But this is what i do..aiyo

Tuesday, 17 June 2014

Senggugut jejas kesuburan?

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah ni setiap bulan, mesti tau bertapa sakit dan seriknya penyakit senggugut ni. Bila sakit je memang x boleh nak buat kerja apa pun dan kebiasaanya aku akan ambik mc. Solutionnya ambik ponstant jela untuk matikan kejap sakit senggugut aku.

Tahukah anda, senggugut berpunca drpd pengucupan dinding rahim yang amat kuat. Ini disebabkan pengeluaran ketulan darah haid yg bercampur dgn sedikit tisu drpd selaput endometrium (dinding rahim).

Masalah senggugut bkn sekadar kesakitan teruk ketika haid tetapi pertanda utk siapa yg alami sakit ini utk menjalani pemeriksaan awal bg mengesan masalah endometriosis.

2 jenis senggugut:-
- senggugut primer : pengeluaran prostaglandin yg menyebabkan pengucupan dinding rahim yang kuat.
- senggugut skunder : masalah endometriosis yg merujuk kpd keadaan lapisan tisu yg melitupi bahagian di dlm rahim tp tumbuh di luar rahim atau kawasan lain sekitar sistem reproduksi wanita.

Cara rawatan senggugut skunder:
- buat pemeriksaan di pakar sakit puan
- buat ultrasound

Sekiranya anda menghadapi senggugut skunder:
- ubat-ubatan dapat membantu
- hamil :)

P/s: dlm kajian, hanya sebilangan kecil je pesakit senggugut yg ada masalah ketidaksuburan dan mudah keguguran. Doalah semoga kita masih boleh mendapat zuriat.

Monday, 16 June 2014

Rahsia tidur lena

sumber dari internet.

Tahukah kaum wanita bahawa hormon bau phero yang dirembeskan dari ketiak lelaki boleh mengaktifkan hormon wanita hingga merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki datang dari celahan ketiak di mana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri/wanita semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di ketiaknya, ayat mudah cium tiak suami hehehe.

Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...lalala

FAKTA...

Dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur. Tapi jangan malas pulak urut tanggannya, takut2 kebas pula ;)

p/s: sekiranya ada masalah senggugut kuat, ini adalah salah satu ubat yang mampu mengurangkan rasa sakit senggugut anda ;) trust me coz i do that to reduce my pain


Sunday, 15 June 2014

My HERO

Happy father's day Abah!!

Yeah my abah my hero.. selamat hari bapa my one and only hero, En. Muhamad Yatim B Saleh. I ♡ u so much.

Aku seorang anak yang degil tapi aku jugaklah anak manja abah. Kalau aku gaduh dengan abah, abah mesti boikot tak nak cakap dengan semua orang padahal gaduh dengan aku je. Dalam keluarga aku yang paling degil,  see my mom listkan anak2nya yang paling degil ;)


Tapi aku rasa aku yang paling rapat dengan abah. Sebab aku ni macam anak lelaki dia je. Walau degil tapi aku yang ikut aliran kehendak dia sejak dari kecil. Bayangkan cita2 nak jadi saintis kena tukar sebab dia nak aku jadi engineer. What to do? Ikut jela. Tapi Alhamdulillah, resta ibu bapa adalah restu Allah juga. Syukur aku boleh corp dengan bidang ni. Terima kasih abah!

Semoga abah dengan mak tercapai hajat nak mengerjakan haji. Semoga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

Salahkah lelaki menyatakan maaf?

Apa pendapat anda jika orang yang anda sayang (husband/wife/bf/gf) cakap anda ni annoying, lepas tu comparekan dengan sesiapa yg terdekat dengan dia? Apakah perasaan anda bila andalah org yg digelar annoying tu?

Situasi pertama:
Anda berada dalam suatu majlis yg dihadiri oleh kawan anda dan pasangan. Jika anda seorang perempuan, adakah anda akan duduk diam and senyum2 je kat kawan2 lama anda yg sememangnya anda knl dan dah lama x jumpa?

Situasi kedua:
Anda berada dalam majlis yang sama tapi anda ambil peluang ini untuk berborak dan bertanya kabar dgn kwn2 anda biar pun mereka lelaki?

Aku memang org yg banyak mulut, kadang cakap pun main lepas tapi aku rasa sekarang aku dah cukup dewasa untuk membataskan percakapan aku. Aku rasa xdela mengannoyingkan org. Dan aku rasa situasi kedua adalah lebih baik sebab gi majlis x kan nak jadi pak pacak je kan..x kan nak menyombong je diam. Entahlah mungkin masing2 ada pendapat tersendiri.

Tapi...

Bila kena complain annoying oleh pasangan sebab situasi kedua..lepas tu kena compare lak dgn org terdekat..perghhh memang sentap siot..memang sentap..mesti setiap kali teringat je pasal ni umpama perah limau pada luka, PEDIH!!

Mungkin sukar untuk mengenali aku, mungkin belum kenal perangai aku. Aku anggap dia x tahu. Takpelah kadang sudah bersama 20 tahun pun belum tentu kita kenal 100% pasangan kita. Belajarlah untuk lebih mengerti dan bercakaplah dengan waras agar tidak menyinggung hati pasangan atau sesiapa sahaja.

Salahkah??
Salahkah golongan lelaki menurunkan ego memohon maaf kepada wanita yang telah disinggung perasaannya? Mungkin maaf itu, boleh memadamkan kelukaan hatinya. Tapi mungkin ianya takkan terjadi dan sekadar mimpi bagi wanita....

P/s: perbaiki diri agar lebih positif dan belajarlah jadi pendiam kot!! It's so not me..

Atas angin

Jodoh pertemuan ketentuan Tuhan.
Umur aku memang dah layak kawin pun. Cousin umur bawah aku pun dah ada 2 anak. Yes jodoh ketentuan Ilahi. Kita hanya boleh merancang tapi bukan menentukan. Pergi wedding, orang tanya "bila lagi". Nak jawab apa ek???
Macam x sesuai je kalau perempuan nak jawabkan soalan tu, lebih baik tanya lelakikan?
Sekarang ni aku pun x tau bila lagi. Keadaan pun buat aku buntu. Harap2 Allah permudahkan urusan jodoh aku. Aku doa semoga perjalan kami berjalan lancar dan umi cepat sembuh. Amin
Tu jelah harapan aku. Nak harap lebih2, terkadang takut frust tongeng menongeng. Doakanlah kami semoga tercapai hajat kami tahun depan.

Kisah seorang A.K.U

Hi semua, Assalammualaikum.

Ni bukan kali pertama aku ada blog, ni utk kedua kalinya. Sebenarnya aku bukan pandai bercerita, bukan pandai mengarang atau kaki jalan utk post2 tentang aktiviti mereka. Aku buat blog ni sebab aku tension. Aku nak cerita je apa-apa yang aku suka, kadang aku x tahu nak cerita kat sesiapa tp bnd tu berlegar je dlm otak aku. Serabut tau!!

Aku memang tiada apa2 yg istimewa untuk diceritakan. Aku jugak byk mulut myb ada je org annoying dgn aku ni. Tapi aku dah memang mcm ni nak buat macam mana. Siapa kenal aku, mesti dorang ok. Aku seorang yang degil dan cepat panas baran ;)

Ok tu je. Malas nak ulas lebih2 nanti ada yang annoying plk.. wek lantaklah busuk!!