Sunday, 15 June 2014

Salahkah lelaki menyatakan maaf?

Apa pendapat anda jika orang yang anda sayang (husband/wife/bf/gf) cakap anda ni annoying, lepas tu comparekan dengan sesiapa yg terdekat dengan dia? Apakah perasaan anda bila andalah org yg digelar annoying tu?

Situasi pertama:
Anda berada dalam suatu majlis yg dihadiri oleh kawan anda dan pasangan. Jika anda seorang perempuan, adakah anda akan duduk diam and senyum2 je kat kawan2 lama anda yg sememangnya anda knl dan dah lama x jumpa?

Situasi kedua:
Anda berada dalam majlis yang sama tapi anda ambil peluang ini untuk berborak dan bertanya kabar dgn kwn2 anda biar pun mereka lelaki?

Aku memang org yg banyak mulut, kadang cakap pun main lepas tapi aku rasa sekarang aku dah cukup dewasa untuk membataskan percakapan aku. Aku rasa xdela mengannoyingkan org. Dan aku rasa situasi kedua adalah lebih baik sebab gi majlis x kan nak jadi pak pacak je kan..x kan nak menyombong je diam. Entahlah mungkin masing2 ada pendapat tersendiri.

Tapi...

Bila kena complain annoying oleh pasangan sebab situasi kedua..lepas tu kena compare lak dgn org terdekat..perghhh memang sentap siot..memang sentap..mesti setiap kali teringat je pasal ni umpama perah limau pada luka, PEDIH!!

Mungkin sukar untuk mengenali aku, mungkin belum kenal perangai aku. Aku anggap dia x tahu. Takpelah kadang sudah bersama 20 tahun pun belum tentu kita kenal 100% pasangan kita. Belajarlah untuk lebih mengerti dan bercakaplah dengan waras agar tidak menyinggung hati pasangan atau sesiapa sahaja.

Salahkah??
Salahkah golongan lelaki menurunkan ego memohon maaf kepada wanita yang telah disinggung perasaannya? Mungkin maaf itu, boleh memadamkan kelukaan hatinya. Tapi mungkin ianya takkan terjadi dan sekadar mimpi bagi wanita....

P/s: perbaiki diri agar lebih positif dan belajarlah jadi pendiam kot!! It's so not me..

No comments:

Post a Comment